Sejarah dan Budaya Mesir Purba (1)

Mesir Kuno

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean,walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya antara sekitar 3200 SM dan 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander the Great. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas (quintessential example) empayar hidrolik.

Geografi

Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia Barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu
(Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu. Kedua kerajaan membentuk Kemet (“tanah hitam”), nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret (“tanah merah”), menurut Herodotus: “Mesir merupakan negara tanah hitam…. Kita ketahui bahawaLibya mempunyai tanah lebih merah.” (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan “Colchians adalah penduduk Mesir…berdasarkan fakta bahawa mereka
berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting (wooly hair).” (Histories Book 2:104), dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes Particuliers (Expression of Particular Terms) mendakwa bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata “Negara Hitam – (Black Nation)”.

Sejarah

Sejarah Mesir purba

Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau “Ta Nteru” (“Tanah Dewa-dewa”). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai Negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkaeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.


Sphinx Agung Giza, dipercayai menyerupai Khafre, c. 2600 SM. Ciri-ciri muka dijumpai di Timur laut Afrika. Ukiran batu tunggal terbesar di dunia.

Sepanjang sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat (lihat Sejarah: Nil). Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada milenium ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar.
Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).
Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir Termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.

• Senarai firaun — Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga sekitar 30 SM.
• Dinasti (lihat juga: Daftar dinasti Mesir):
 Tempoh Dinasti Awal Mesir ( Early Dynastic Period of Egypt ) (Dinasti 1 – ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)
 Kerajaan Lama ( Old Kingdom ) (Dinasti ke-3 – ke-6; abad ke-7 – ke-22 SM)
 Tempoh Perantaraan Pertama ( First Intermediate Period ) (abad ke-7 – ke- 11 SM)
 Kerajaan Pertengahan Mesir ( Middle Kingdom of Egypt ) (Dinasti ke-11 – ke-14; abad ke-20 – ke-17 SM)
 Tempoh Perantaraan Kedua ( Second Intermediate Period (Dinasti ke-14 – ke-17)
 Hyksos (Dinasti ke-15 – ke-16)
 Kerajaan Baru Mesir ( New Kingdom of Egypt ) (Dinasti ke-18 – ke-20; abad ke-16 – ke-11 SM)
 Tempoh Perantaraan Ketiga ( Third Intermediate Period (Dinasti ke-21 – ke-25; abad ke-11 – ke-7 SM)
 Tempoh Akhir Mesir Silam ( Late Period of Ancient Egypt ) (Dinasti ke-26 – ke-31; Abad ke-7 SM – 332 SM)
 Dinasti Akhaemenid
 Mesir Yunani-Rom ( Graeco-Roman ) (332 SM – 639)
 Dinasti Ptolemaik
 Empayar Rom

Kerajaan

Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah ( Upper and Lower Egypt ) . Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan commander-in-chief bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.

Bahasa

Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 BC. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:

 • Mesir Silam ( Archaic Egyptian ) (sebelum 2600 SM)
 • Mesir Lama ( Old Egyptian ) (2600–2000 SM)
 • Mesir Tengah ( Middle Egyptian ) (2000–1300 SM)
 • Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 SM)
 • Mesir Demotik ( Demotic Egyptian ) (abad ke-7 SM–abad ke-4)
 • Bahasa Coptik ( Coptic language ) (abad ke-3–abad ke-12)

Penulisan

Pengkaji Mesir Purba (Egyptologis) merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji ( cuneiform script ) Mesopotamia ranking sebagai system penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya syllabik, sebahagiannya ideografik. Hieratic adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM – kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, Ia itu, “asal – indigenous” dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam
Akhir (Late Ancient Egyptian) daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Greek Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab, bahasa Coptic kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keugamaan (liturgical) oleh minoriti Kristian. Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglfika).
Alphabet (abjad) terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari hieroplyphik sylabik (syllabic).


Tulisan

• kk. 1999 SM – Papyrus Westcar
• kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
• kk. 1800 SM – Papyrus Ipuwer
• kk. 1800 SM – Papyrus Harris I
• kk. 1000 SM Cerita Wenamun

Kebudayaan


Asas Tamadun Maju Mesir

Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan Negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.
Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil.
Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam; menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk
Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku
Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan
Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir, penyatuan daerah utara dan selatan.

Permulaan Zaman Kuno

Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM
Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan system saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahanlahan,
tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.

Kerajaan Lama

Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan
penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.
Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan
tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.
Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

Zaman Perantaraan Pertama

Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-

 Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid.
 Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
 Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan pertama. Keadaan huruhara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

Kerajaan Pertengahan

Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti ke Sebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa
pemerintahan Dinasti ke Duabelas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan
sebab-sebab di atas, zaman Dinasti ke Duabelas dianggap sebagai Mesir klassik atau zaman kegemilangan.

Zaman Perantaraan Kedua

Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari 1786 sehingga sekitar 1560 SM Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai, bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh
Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat.
Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir, tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan
yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada pemerintahan asing.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s